iPhone Kini Terima Potongan Harga Sehingga RM900, Manakala iPhone X Telah Dihentikan Jualannya Comments Off on iPhone Kini Terima Potongan Harga Sehingga RM900, Manakala iPhone X Telah Dihentikan Jualannya

Setiap tahun apabila Apple mengumumkan model terbaharunya, harga jualan model iPhone secara tidak langsung akan dikemaskinikan bagi memberi ruang untuk model baru dibawa masuk ke sesebuah pasaran. Perkara ini tidak terkecuali untuk pasaran tempatan apabila pihak Apple dilihat telah mula menawarkan iPhone sedia ada pada harga yang lebih murah berbanding sebelum ini.

Apa yang menariknya, kini laman rasmi Apple telah meletakkan tanda harga baharu dengan potongan harga di antara RM500 hingga RM900 untuk iPhone 7/7 Plus dan juga iPhone 8/8 Plus. Berikut adalah senarai harga untuk model iPhone sedia ada di pasaran:

iPhone 8

  • 64GB – RM2,899 RM3,649 (↓ RM750)
  • 128GB – RM3,599 RM4,399 (↓ RM800)

iPhone 8 Plus

  • 64GB – RM3,299 RM4,149 (↓ RM850)
  • 128GB – RM3,999 RM4,899 (↓ RM900)

iPhone 7

  • 32GB – RM2,199 RM2,749 (↓ RM550)
  • 128GB – RM2,649 RM3,249 (↓ RM600)

iPhone 7 Plus

  • 32GB – RM2,749 RM3,349 (↓ RM600)
  • 128GB – RM3,199 RM3,849 (↓ RM650)

Namun begitu, Apple juga dilihat telah mengambil pendekatan untuk menghentikan jualan iPhone X bermula daripada hari ini. Langkah ini diambil berikutan penawaran model terbaharu iPhone XR, iPhone Xs dan juga iPhone Xs Max yang dilihat masih mengekalkan rekaan ikonik iPhone X.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend