iPhone/iPad Model 2012 Dan Ke Bawah Disarankan Untuk Mengemaskini iOS Sebelum 3 November 2019 Comments Off on iPhone/iPad Model 2012 Dan Ke Bawah Disarankan Untuk Mengemaskini iOS Sebelum 3 November 2019 159

Baru-baru ini Apple telah mengeluarkan peringatan khusus buat pemilik iPhone ataupun iPad yang diperkenalkan pada tahun 2012 atau sebelumnya untuk mengemaskini versi iOS mereka sebelum 3 November 2019.

Menurut Apple, kemas kini iOS itu perlu dikemaskinikan sebelum 12 tengah malam pada 3 November 2019 (waktu UTC) bagi mengekalkan ketepatan penglokasian GPS, dan dalam masa yang sama memastikan masa dan tarikh yang betul. Peringatan rasmi daripada Apple ini telah dikeluarkan berikutan terdapat produk berasaskan GPS daripada pengeluar lain telah dilaporkan berhadapan dengan isu pada 6 April lepas.

iPad mini generasi pertama merupakan antara model yang perlu dikemaskinikan sebelum 3 November 2019 bagi mengelakkan isu GPS, masa dan tarikh.

Walau bagaimanapun produk Apple yang terlibat tidak akan terkesan dengan isu tersebut sebelum 12 tengah malam pada 3 November 2019 nanti. Jadi pemilik peranti yang terlibat dinasihatkan untuk mengemaskini peranti mereka sebelum tarikh tersebut bagi memastikan GPS, dan juga fungsi yang bergantung kepada masa atau tarikh seperti iCloud dan emel dapat berfungsi seperti biasa.

Versi iOS yang perlu dikemaskinikan pada model iPhone dan iPad yang terlibat:

  • iOS 10.3.4
    • iPhone 5
    • iPad 4 (WiFi + Cellular)
  • iOS 9.3.6
    • iPhone 4s
    • iPad mini generasi pertama (WiFi + Cellular)
    • iPad 2 (WiFi + Cellular) – model CDMA sahaja
    • iPad 3 (WiFi + Cellular)

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend