iPhone Dipercayai Akan Menyokong Tiga Kamera Dengan Fungsi Zum Sama Seperti Huawei P20 Pro Pada Tahun 2019 Comments Off on iPhone Dipercayai Akan Menyokong Tiga Kamera Dengan Fungsi Zum Sama Seperti Huawei P20 Pro Pada Tahun 2019

Walaupun iPhone model 2018 masih lagi belum diumumkan secara rasmi, nampaknya ada laporan terbaru yang dikongsikan oleh Taipei Times yang mendakwa bahawa Apple berkemungkinan besar akan memperkenalkan sekurang-kurangnya satu model iPhone dengan sokongan tiga kamera pada tahun 2019 nanti.

Dakwaan yang telah dikeluarkan oleh penganalisa Jeff Pu dari Yuanta Securities ini melaporkan bahawa sistem kamera pada iPhone terbaru itu akan menyokong rekaan lensa 6P dengan keupayaan zum sehingga 5x, dan salah satu daripada tiga lensa itu akan menyokong kamera beresolusi 12 Megapiksel.

Huawei P20 Pro menyokong tiga lensa LEICA dengan keupayaan 3x zum optikal dan 5x zum hibrid.

Melalui perkongsian itu juga, salah satu daripada lensa itu juga turut menyokong fungsi 3x zum optikal, sama seperti yang disokong oleh Huawei P20 Pro. Benar atau tidak dakwaan yang dibuat ini, sama-sama kita nantikan pendedahan dari Apple pada masa akan datang…

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend