iPhone Dengan Versi Dwi SIM Dilaporkan Hanya Eksklusif Di China Comments Off on iPhone Dengan Versi Dwi SIM Dilaporkan Hanya Eksklusif Di China

Sebelum ini kami ada muat naik satu artikel berkenaan Apple tahun ini akan keluarkan iPhone dalam versi dwi SIM. Terkini, berdasarkan laporan daripada United Daily News di Taiwan, Apple dikatakan akan melancarkan iPhone dengan sokongan dwi SIM eksklusif hanya di pasaran China.

Kita sedia maklum Apple dijangka akan melancarkan tiga jenis model iPhone tahun ini antaranya dengan skrin 6.1-inci menggunakan LCD, 5.8-inci dan 6.5-inci yang kedua-duanya menggukan panel OLED. Model yang menerima sokongan dwi SIM pula dikatakan akan hadir pada model iPhone X Plus (6.5-inci) sementara model selebihnya tidak ditawarkan.

Kita juga mungkin akan menerima maklumat dan info selebihnya mengenai iPhone terbaharu dalam minggu-minggu yang mendatang memandangkan tinggal beberapa bulan sahaja lagi iPhone 2018 akan dilancarkan.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend