iPhone Dengan Pengimbas Cap Jari Bawah Skrin Akan Tiba Pada Tahun 2020 Comments Off on iPhone Dengan Pengimbas Cap Jari Bawah Skrin Akan Tiba Pada Tahun 2020 349

Apple dilaporkan sedang membangunkan teknologi pengimbas cap jari di bawah skrin untuk kegunaan iPhone akan datang. Ia dilaporkan sendiri oleh individu yang terbabit dalam cadangan ini dan menurutnya ia akan diimplementasikan pada iPhone pada tahun 2020.

Sekiranya iPhone menggunakan teknologi ini, kita mungkin bakal melihat iPhone dengan skrin sepenuhnya tanpa takuk. Apple juga kebiasaanya akan menyertakan satu kaedah biometrik sahaja untuk iPhone, jika pengimbas cap jari bawah skrin disertakan, kita mungkin tidak melihat lagi FaceID – melainkan untuk iPhone ‘termurah’ mereka.

Walaupun Apple lambat memberikan teknologi ini kepada pengguna mereka berbanding pengeluar lain, Apple selalunya akan memberikan teknologi yang sempurna untuk produk keluarannya. Bahkan, jika teknologi biometrik ini digunakan kelak, ia akan merangkumi hampir semua perkhidmatan Apple termasuk Apple Pay, Wallet, dan banyak lagi.

Jadi, ia perlulah selamat sepenuhnya sebelum dilepaskan kepada pengguna. Lihat sahaja pada FaceID, sehingga kini masih tiada pengeluar yang dapat menandingi keupayaannya.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend