iPhone Dengan Paparan LCD Untuk Tahun 2018 Dijangka Sokong Dua Slot Kad SIM Dengan Harga Yang Lebih Rendah Comments Off on iPhone Dengan Paparan LCD Untuk Tahun 2018 Dijangka Sokong Dua Slot Kad SIM Dengan Harga Yang Lebih Rendah

Berbeza dengan peranti Android, Apple dilihat masih mengekalkan pendiriannya untuk tidak menawarkan sokongan slot kad microSD dan juga dua slot kad SIM pada iPhone keluarannya.

Tetapi menurut kenyataan yang dibuat oleh penganalisa terkenal dari KGI Securities iaitu Ming-Chi Kuo, Apple mungkin akan memperkenalkan peranti pertamanya dengan sokongan dua slot kad SIM untuk model iPhone dengan paparan LCD 6.1 inci pada tahun ini. Tambahnya lagi, model ini juga akan turut diperkenalkan dalam varian satu kad SIM dan ia dijangka akan dijual pada harga bermula dari USD550 (kira-kira RM2,115).

iPhone 6.1 inci dengan panel LCD untuk tahun 2018 ini mungkin menjadi iPhone pertama menyokong dua slot kad SIM.

Apple yang sememangnya terkenal dengan peranti premium yang dijual pada harga yang mahal ini mungkin terpaksa berbuat demikian selepas jualan perantinya di China semakin menurun. Jadi dengan memperkenalkan varian iPhone yang dijual pada harga murah yang dilengkapi dengan sokongan dua slot kad SIM, ia mungkin dapat membantu jualannya di pasaran terbesar dunia itu.

Selain iPhone dengan paparan LCD yang akan dikategorikan dalam segmen kelas pertengahan premium ini, Apple juga dikatakan akan turut memperkenalkan iPhone dengan paparan OLED dengan skrin berukuran 5.8 inci dan juga 6.5 inci yang akan dijual pada segmen kelas atasan premium.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend