iPhone Berkemungkinan Akan Hadir Dengan Port USB Type-C Pada Tahun 2018 Comments Off on iPhone Berkemungkinan Akan Hadir Dengan Port USB Type-C Pada Tahun 2018

Pada bulan lepas terdapat ketirisan gambar yang memperlihatkan palam kuasa pengecas 18W dengan sokongan port USB Type-C yang akan ditawarkan sekali dalam pakej pembelian iPhone model 2018 nanti. Melalui khabar angin yang dikongsikan juga, Apple juga dipercayai akan turut menyediakan kabel Lightning ke USB Type-C dalam kotak pembungkusan.

Ketirisan gambar yang memperlihatkan sokongan port USB Type-C pada palam kuasa untuk iPhone 2018.

Laman 9to5Mac baru-baru ini turut mendedahkan bahawa Apple dipercayai akan menggantikan port Lightning pada iPhone untuk model 2019 nanti dengan port USB Type-C. Penukaran port Lightning yang diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2012 yang lalu melalui pelancaran model iPhone 5, dilihat sebagai satu langkah perubahan terbesar pernah dilakukan.

iPhone 5 merupakan model pertama dari Apple menyokong port Lightning.

Namun begitu, jika dilihat semula ia bukanlah sesuatu yang baru kerana Apple sebelum ini sudah mengadaptasikan penggunaan port USB Type-C menggantikan port Lightning pada produk Mac keluarannya. Bahkan ia dilihat sebagai satu peralihan yang positif kerana pengguna mampu menikmati teknologi pengecasan pantas tanpa perlu menggunakan sebarang aksesori tambahan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend