iPhone 9 / iPhone SE 2 Adalah Jelmaan Semula iPhone 8 Tetapi Lebih Mantap Comments Off on iPhone 9 / iPhone SE 2 Adalah Jelmaan Semula iPhone 8 Tetapi Lebih Mantap

Apple pada tahun ini akan mengeluarkan iPhone versi mampu milik untuk pengguna yang tidak mahu berbelanja besar. iPhone ini akan diberi nama iPhone 9 namun ada juga yang memanggilnya iPhone SE 2.

Terkini, imej pengolokan iPhone 9 telah tersebar di arena web menunjukkan panel depan seiras iPhone 8 dan begitu juga pada bahagian belakang. Atas kertas, iPhone 8 dilengkapi paparan 4.7-inci dan sudah tentu saiz yang sama turut digunakan pada iPhone 9.

Apple nampaknya mengambil keputusan untuk mengekalkan TouchID walaupun teknologi ini telah digunakan sejak 2013. Walaubagaimanapun, prestasi TouchID tidak pernah mengecewakan dan disebabkan itu ia masih relevan untuk dipakai.

Logo Apple telah diturunkan ke bawah yang kini berada betul-betul di bahagian tengah. Sebut tentang bahan binaan, peranti ini datang dengan panel kaca dan panel depan berwarna gelap.

Pendapat kami, panel gelap lebih kemas dan mampu menutup bezel tebal pada telefon. Pada kerangka pula, nampak seperti Apple menggunakan keluli tahan karat seperti iPhone 11 Pro tapi kami tidak pasti sama ada syarikat ini mahu meletakkannya disebabkan kos. Alternatifnya, Apple boleh mengikut jejak langkah pengeluar lain yang mampu menghasilkan kerangka berkilat menggunakan logam.

Pedulikan tentang nama, apa yang penting iPhone terbaru ini bakal dikeluarkan dalam reka bentuk lebih segar berbanding generasi terdahulu. Walaupun bentuknya sudah ketinggalan zaman, apa yang pasti harganya jauh lebih murah berbanding iPhone berskrin penuh.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend