iPhone 7 128GB Dan 7 Plus 128GB Kini Boleh Dibeli Dengan Diskaun Sehingga RM300 Comments Off on iPhone 7 128GB Dan 7 Plus 128GB Kini Boleh Dibeli Dengan Diskaun Sehingga RM300

Minggu lepas kami ada berkongsi berita mengenai potongan harga untuk model iPhone X di Switch, nampaknya hari ini Lazada pula membuat potongan harga untuk iPhone 7 dan iPhone 7 Plus model 128GB mencecah sehingga RM300.

Melalui laman membeli-belah dalam talian Lazada, pengguna boleh memiliki iPhone 7 128GB dalam warna Black pada harga hanya RM2,999 iaitu potongan sebanyak RM250, berbanding harga asalnya iaitu RM3,249. Untuk warna Jet Black pula, ia dijual pada harga RM3,049, manakala warna Gold, Silver dan juga Rose Gold dijual pada harga yang lebih tinggi iaitu RM3,149.

iPhone 7 Plus 128GB dengan sokongan dwi lensa ini pula dijual pada harga RM3,549 untuk warna Black dan Jet Black, iaitu potongan sebanyak RM300 berbanding harga asalnya iaitu RM3,849. Sama seperti model iPhone 7, warna Gold, Silver dan Rose Gold dijual pada harga sedikit tinggi iaitu RM3,749.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend