iPhone 5s Tidak Sokong Fungsi ‘Battery Health’ Pada Kemas Kini iOS 11.3 Comments Off on iPhone 5s Tidak Sokong Fungsi ‘Battery Health’ Pada Kemas Kini iOS 11.3

Apple baru-baru ini telah melepaskan ketersediaan kemas kini iOS 11.3 untuk semua peranti keluarannya yang sebelum ini dioperasikan dengan iOS 11.2.6. Sebagaimana yang anda ketahui, kemas kini baharu iOS 11.3 membawakan pelbagai ciri-ciri baharu seperti penambahbaikan ARKit, Animoji baharu, Safari versi 11.1, dan banyak lagi.

Tetapi apa yang menjadi tumpuan pemilik peranti iOS adalah fungsi baharu Battery Health (Beta) yang akan memaparkan kapasiti bateri peranti. Malah pengguna juga boleh mematikan fungsi yang akan menyekat prestasi maksimum peranti apabila kapasiti bateri agak lemah yang sebelum ini menimbulkan kontroversi. Ini secara tidak langsung menyebabkan prestasi iPhone menjadi sangat rendah dan perlahan.

Battery Health (Beta) merupakan fungsi baharu yang diperkenalkan oleh Apple pada iOS 11.3 selepas kontroversi sekatan prestasi yang menyebabkan iPhone menjadi perlahan.

Nampaknya fungsi Battery Health (Beta) ini tidak pula kelihatan pada menu Settings pada iPhone 5s walaupun selepas dikemaskinikan ke iOS 11.3. Ini kerana menurut Apple, model ini tidak terlibat dengan isu tersebut dan pendekatan sekatan prestasi berdasarkan kepada kapasiti bateri hanya diperkenalkan pada iPhone 6 dan generasi seterusnya sahaja.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend