iPhone 5s Berkemungkinan Akan Menerima Kemas Kini iOS 12 Comments Off on iPhone 5s Berkemungkinan Akan Menerima Kemas Kini iOS 12

Apple telah melancarkan model iPhone 5s pada September 2013 yang lalu, dan sebagaimana yang kita ketahui peranti keluaran Apple sentiasa menerima sokongan kemas kini walaupun sudah lama berada di pasaran.

Selepas hampir lima tahun diperkenalkan, nampaknya pemilik peranti iPhone 5s masih boleh menarik nafas lega apabila baru-baru ini ada laporan yang mengatakan bahawa model ini dipercayai akan menyokong kemas kini iOS 12. Menurut MacGeneration, mereka telah berjaya memperolehi maklumat ini dari laman web sumber terbuka projek Webkit yang jelas memperlihatkan simulator iPhone 5s yang dioperasikan dengan iOS 12.

Sekiranya laporan ini benar, iPhone 5s boleh dianggap sebagai peranti Apple dengan sokongan kemas kini utama iOS paling lama bertahan iaitu untuk tempoh lima tahun berturut-turut.

Senarai peranti Apple yang menyokong kemas kini iOS 12:

iPhone

  • iPhone X
  • iPhone 8 / 8 Plus
  • iPhone 7 / 7 Plus
  • iPhone 6s / 6s Plus
  • iPhone 6 / 6 Plus
  • iPhone SE
  • iPhone 5s

iPad

  • iPad Pro 12.9 inci (generasi pertama dan kedua)
  • iPad Pro 10.5 inci
  • iPad Pro 9.7 inci
  • iPad (model 2018)
  • iPad (model 2017)
  • iPad Air 2
  • iPad Air
  • iPad mini 4, 3, 2

iPod touch

  • iPod touch (generasi keenam)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend