iPhone 2020 Mungkin Tidak Lagi Menyokong OIS Tetapi Guna Kaedah Baharu Comments Off on iPhone 2020 Mungkin Tidak Lagi Menyokong OIS Tetapi Guna Kaedah Baharu

Laporan terbaru daripada Digitimes hari ini telah mengatakan Apple bercadang untuk menyertakan komponen penstabilan imej yang lebih canggih kedalam barisan iPhone 2020.

Buat masa ini iPhone masih menggunakan sistem penstabilan imej optikal dan pada tahun hadapan sistem ini mungkin ditukar kepada sistem yang berbeza yang dipanggil sensor-shift.

Secara teknikalnya, OIS atau imej penstabilan optikal bergerak di sekitar elemen lensa manakala sensor-shift menggerakkan sensor dari dalam modul kamera secara langsung.

Walaupun begitu, masih tidak jelas adakah kaedah yang akan diguna pakai mampu menghasilkan kualiti gambar yang baik berbanding kaedah sedia ada. Jika Apple benar-benar mahu mengimplementasi teknologi ini pada iPhone akan datang, bahagian dalaman perlu ditukar untuk memberi ruang selain memikirkan tentang kos.

Pada iPhone 11 dan iPhone 11 Pro, kedua-dua peranti ini dilengkapi sistem penstabilan imej pada kamera utama dan telefoto, sementara kamera ultra-lebar tidak memiliki sokongan tersebut.

iPhone 2020 selain itu turut dikhabarkan bakal hadir dengan reka bentuk baharu yang mana dikeluarkan dalam tiga saiz iaitu 5.4″, 6.1″, dan 6.7″.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend