iPhone 2019 Dengan Sokongan Tiga Kamera Dipercayai Hadir Dengan Panel OLED Berukuran 6.1″ dan 6.5″ Comments Off on iPhone 2019 Dengan Sokongan Tiga Kamera Dipercayai Hadir Dengan Panel OLED Berukuran 6.1″ dan 6.5″

Melalui perkongsian yang dibuat oleh portal terkenal dari Jepun iaitu macotakara, Apple dipercayai akan menawarkan tiga kamera untuk dua varian yang masing-masing hadir dengan panel OLED berukuran 6.1 inci dan 6.5 inci. Ini berbeza dengan iPhone model 2018 yang mana iPhone XS dengan panel OLED tampil lebih kecil iaitu hanya 5.8 inci, berbanding panel IPS LCD berukuran 6.1 inci pada iPhone XR.

iPhone XI dan XI Max dipercayai akan menyokong tiga kamera pada panel belakangnya.

iPhone model 6.1 inci OLED dikatakan memiliki saiz kerangka 0.15mm lebih nipis berbanding model iPhone XS yang diperkenalkan pada tahun lepas. Manakala iPhone model 6.5 inci OLED pula menyokong saiz kerangka 0.4mm lebih nipis berbanding iPhone XS Max. Malah kedua-dua model iPhone 2019 ini juga dikatakan akan menawarkan saiz lensa yang lebih besar berbanding lensa iPhone XR.

Palam kuasa USB-C dengan kabel USB-C ke Lightning akan diperkenalkan pada iPhone 2019 nanti.

Selain itu, kedua-dua model iPhone 2019 ini didakwa akan turut disediakan dengan palam kuasa USB-C 18W dan juga kabel USB-C ke Lightning. Tidak cukup dengan itu, iPhone 2019 turut dilengkapi dengan teknologi pengecasan tanpa wayar berbalik (reverse charging) untuk mengecas AirPods.

sumber

Baca juga:

Plat Logam Dipercayai Milik iPhone Model 2019 Ini Mengesahkan Rekaan Tiga Kameranya

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend