iPhone 2018 Merupakan Model Terakhir Dari Apple Yang Akan Menyokong Fungsi 3D Touch Comments Off on iPhone 2018 Merupakan Model Terakhir Dari Apple Yang Akan Menyokong Fungsi 3D Touch

Apple sebelum ini telah memperkenalkan fungsi 3D Touch yang pertama pada model iPhone 6s dan iPhone 6s Plus sejak tahun 2015 yang lalu. Melalui sokongan fungsi ini, pengguna boleh melihat pilihan spesifik ataupun menu pintas aplikasi tertentu dengan menyentuh skrin dengan lebih kuat.

Pada awal tahun ini, penganalisan Ming-Chi Kuo yang popular dengan ketirisan berita tentang iPhone telah melaporkan bahawa fungsi 3D Touch tidak akan disokong oleh iPhone 6.1 inci LCD. Ini berikutan model baharu ini tidak menyokong lapisan tambahan yang diperlukan untuk 3D Touch.

Baru-baru ini penganalisa Blayne Curtis yang telah melawati kilang pengedar perkakasan Apple di China telah menerima satu lagi maklumat baru berhubung iPhone. Menurut Curtis, iPhone model 2019 nanti tidak lagi akan menyokong fungsi 3D Touch pada masa akan datang. Namun begitu tidak dinafikan bahawa ketiadaan fungsi ini pada iPhone generasi akan datang mungkin tidak begitu ‘dirindui’ oleh pengguna kerana ia dilihat jarang digunakan oleh pemilik iPhone.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend