iPhone 2018 Dengan Paparan LCD Terpaksa Ditunda Selama Dua Bulan Berikutan Isu Ketirisan Cahaya Pada Skrin 0 261

Seperti yang kita telah sedia maklum, Apple bakal hadir dengan tiga model berbeza untuk iPhone siri 2018 dan ketiga-tiga model tersebut akan menyokong rekaan skrin bertakuk sama seperti iPhone X. Jika diikutkan pada perancangan Apple, ketiga-tiga model ini akan dilancarkan secara rasmi pada September tahun ini.

Walau bagaimanapun, nampaknya Apple terpaksa menunda selama dua bulan untuk model iPhone dengan sokongan paparan LCD berikutan isu ketirisan cahaya pada skrin yang dihadapi oleh dua pembekalnya. Berdasarkan kepada laporan yang diterima, paparan LCD itu berjaya mencapai piawaian tahap keterangan dan juga kontras yang ditetapkan oleh Apple.

Pengeluar panel LCD untuk iPhone 2018 berhadapan dengan isu ketirisan cahaya bagi mendapatkan rekaan skrin bertakuk sama seperti iPhone X.

Tetapi menurut The Bell, agak sukar untuk pembekal panel skrin iaitu Japan Display dan LG Display memotong bahagian atas takuk skrin bagi menempatkan earpiece, sensor dan juga kamera sebagaimana rekaan iPhone X yang hadir dengan panel skrin jenis OLED. Berikutan isu yang dihadapi, iPhone 2018 dengan paparan LCD yang dikatakan akan dijual pada harga antara USD550 (kira-kira RM2,190) dan USD800 (kira-kira RM3,180) ini terpaksa ditunda jualannya sehingga November nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend