iPhone 11 Pro Max Memperolehi 91 Mata Untuk Skor Kamera Depan Di DxOMark Comments Off on iPhone 11 Pro Max Memperolehi 91 Mata Untuk Skor Kamera Depan Di DxOMark

Selepas mendedahkan skor untuk kamera utama iPhone 11 pada minggu lepas, hari ini DxOMark telah menyenaraikan pula iPhone 11 Pro Max di dalam senarai 10 telefon pintar dengan skor kamera depan terbaik di dalam laman yang menjadi rujukan untuk penanda aras kamera popular itu.

Dilengkapi dengan sokongan kamera depan beresolusi 12MP (f/2.2) dengan keupayaan Smart HDR, Portrait Mode dan rakaman video 4K, iPhone 11 Pro Max berjaya memperolehi skor sebanyak 91 mata iaitu kurang satu mata berbanding Samsung Galaxy Note9, dan lebih dua mata berbanding HUAWEI P30 Pro.

Mengikut rumusan skor yang diperolehi, iPhone 11 Pro Max menerima sebanyak 93 mata untuk prestasi kamera statik, dan 90 mata untuk keupayaan rakaman video.

Apa yang pasti, keupayaan rakaman video untuk kamera depan iPhone 11 Pro Max dilihat lebih baik jika dibandingkan dengan sesetengah model lain yang memiliki skor keseluruhan lebih tinggi daripadanya.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend