iPhone 11 Peroleh Skor Kurang Satu Mata Berbanding iPhone 11 Pro Max – DXOMARK Selfie Comments Off on iPhone 11 Peroleh Skor Kurang Satu Mata Berbanding iPhone 11 Pro Max – DXOMARK Selfie

Tidak dinafikan bahawa iPhone 11 menyokong kamera depan yang sama sahaja seperti iPhone 11 Pro Max iaitu 12MP (f/2.2) dengan ciri Smart HDR, mod potret dan juga rakaman video 4K 60fps. Malah kedua-dua peranti ini juga dikuasakan dengan cipset yang sama iaitu Apple A13 Bionic.

Namun begitu, skor yang diperolehi iPhone 11 dilihat sedikit lebih rendah iaitu sebanyak 91 poin, berbanding iPhone 11 Pro Max yang mencatatkan 92 poin.

Berdasarkan ujian yang dijalankan, iPhone 11 memperolehi skor rakaman video yang sama seperti iPhone 11 Pro Max iaitu 90 poin. Tetapi untuk prestasi kamera statik, iPhone 11 mencatatkan skor yang sedikit lebih rendah untuk keupayaan fokus, sekaligus menyaksikan skor 92 poin sahaja.

Contoh hasil gambar swafoto diambil menggunakan iPhone 11:

Contoh rakaman video menggunakan kamera depan iPhone 11:

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend