iPad Generasi Ketujuh Diperkenalkan Dengan iPadOS, Skrin 10.2″ Retina Display Dan Cipset Apple A10 Fusion Comments Off on iPad Generasi Ketujuh Diperkenalkan Dengan iPadOS, Skrin 10.2″ Retina Display Dan Cipset Apple A10 Fusion 262

Seperti yang dinanti-nantikan, Apple akhirnya telahpun melancarkan iPad generasi ketujuh dengan menampilkan saiz paparan skrin lebih besar iaitu berukuran 10.2 inci Retina Display, berbanding hanya 9.7 inci pada generasi sebelumnya.

Apa yang menariknya, Apple buat pertama kalinya telah memperkenalkan  Smart Connector pada iPad 10.2 inci, yang mana ia mampu menyokong sambungan papan kekunci nipis yang juga bertindak sebagai pelindung skrin. Dikuasakan dengan cipset Apple A10 Fusion, ia menjanjikan prestasi berkuasa yang berupaya disambungkan ke PlayStation DualShock 4 atau alat kawalan MFi untuk pengalaman permainan setanding konsol permainan.

Keupayaan iPad 10.2 inci ini telah dioptimumkan lagi dengan platform iPadOS yang menawarkan pelbagai ciri-ciri baharu, antaranya termasuklah pembaharuan pada antaramuka homescreen, sokongan pengoperasian beberapa aplikasi yang lebih berkuasa, penambahbaikan untuk sokongan Apple Pencil yang lebih baik, dan banyak lagi.

Diperbuat daripada kerangka aluminium yang 100% boleh dikitar semula, iPad 10.2 inci ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Space Gray, Silver dan juga Gold. Pembelian iPad baharu ini turut disertakan sekali dengan langganan setahun Apple TV+ secara percuma. Ia sudah mula boleh dibeli bermula hari ini di Malaysia pada harga seperti berikut:

  • 32GB
    • WiFi – RM1,449
    • WiFi + LTE – RM1,999
  • 128GB
    • WiFi – RM1,849
    • WiFi + LTE – RM2,399

Spesifikasi iPad 10.2 inci:

  • iPadOS
  • Apple A10 Fusion + M10 co-processor
  • 2GB + 32GB / 2GB + 128GB
  • 10.2 inci IPS LCD Retina Display (2160 x 1620 piksel)
  • Kamera utama: 8MP (f/2.4)
  • FaceTime HD: 1.2MP (f/2.2)
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth v4.2, GPS/GNSS,
  • Speaker stereo
  • Pengimbas cap jari TouchID
  • Accelerometer, Barometer, Three-axis gyro, Ambient light sensor
  • 32.4Wh (sehingga 10 jam masa penggunaan)

Baca juga:

iPhone 11 / 11 Pro / 11 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi, Mula Dijual Di Malaysia 27 September Ini

Apple Watch Series 5 Kini Rasmi Dengan WatchOS 6, Paparan ‘Always-On Retina’ Dan Kompas Terbina-Dalam

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend