iPad Baru! Murah Padu! Comments Off on iPad Baru! Murah Padu!

Apple telah pun selamat melancarkan iPad dengan saiz 9.7 inci. Produk terbaru Apple ini akan dijual pada harga RM 1,499, uishhh murah teruk, adakah ini Apple yang kita kenal?

Salah satu sebab mengapa Apple meletakkan tag harga yang lebih murah adalah iPad terbaru ini disasarkan kepada golongan pelajar, teruatamanya yang berada di sekolah. Pada harga yang lebih ekonomi, iPad yang hadir dengan sokongan Apple Pencil akan lebih mudah untuk dimiliki, lantas memberikan pelajar peranti untuk membantu mereka mengembangkan kreativiti dan menjaqdi lebih produktif dalam pembelajaran.

Selain mempunyai ciri sokongan Apple Pensil, paparan Retina 9.7 inci di iPad memberikan warna terperinci dan jelas. iPad baru ini mempunyai cip A10 Fusion yang mempunyai prestasi CPU 40 peratus lebih cepat dan prestasi grafik 50 peratus lebih pantas untuk aplikasi multitasking dan aplikasi grafik yang intensif. Ia juga masih mengekalkan kamera hadapan & belakang dan juga sambungan WiFi dan LTE.

Laman rasmi iPad 9.7 inci Malaysia

Spesifikasi penuh Apple iPad 9.7 inci

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend