Intel Mungkin Akan Memperkenalkan Telefon Pintar Dengan Skrin Boleh Lipat Yang Dioperasikan Oleh Windows Comments Off on Intel Mungkin Akan Memperkenalkan Telefon Pintar Dengan Skrin Boleh Lipat Yang Dioperasikan Oleh Windows 516

Berikutan trend telefon pintar dengan sokongan paparan skrin boleh lipat bakal menjadi ikutan kebanyakan pengeluar sepanjang tahun 2019 ini, Intel juga telah dilaporkan akan tampil dengan telefon pintar yang menggunakan konsep rekaan yang sama. Sebenarnya berita ini bukanlah sesuatu yang baru kerana Intel sebelum ini pernah menghantar paten tersebut sejak pertengahan 2017 lagi.

Melalui perkembangan terbaru, Intel dikhabarkan mungkin sedang membangunkan sebuah telefon pintar dengan sokongan skrin yang boleh dilipat ke tiga bahagian berbeza. Berdasarkan pendedahan yang dikongsikan oleh LetsGoDigital, peranti itu akan dioperasikan oleh platform Windows.

Jika berita ini benar, Intel mungkin memiliki kelebihan berbanding telefon pintar dengan skrin boleh lipat daripada pengeluar yang lain kerana sokongan Windows sudah tentunya menjanjikan fungsi yang lebih sesuai untuk digunakan dalam mod tablet.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend