Instagram, Messenger, Dan WhatsApp Akan Digabungkan Tidak Lama Lagi Comments Off on Instagram, Messenger, Dan WhatsApp Akan Digabungkan Tidak Lama Lagi

Instagram, Messenger, dan WhatsApp merupakan aplikasi yang paling popular digunakan oleh pengguna telefon pintar. Ketiga-tiga aplikasi ini berada di bawah syarikat yang diketuai Mark Zuckerberg. Melalui laporan terbaru oleh The New York Times, CEO Facebook itu kini bercadang untuk menggabungkan fungsi permesejan untuk ketiga-tiga aplikasi itu ke dalam satu.

Ini bermakna, tidak lama lagi pengguna WhatsApp boleh menghantar dan menerima mesej daripada pengguna Messenger dan sebaliknya. Ciri ini juga boleh diguna pakai di Instagram Direct Messages, tetapi ia mungkin akan diasingkan daripada aplikasi asal Instagram itu sendiri.

Berkenaan isu privasi Facebook yang melanda sebelum ini, Zuckerberg dikatakan telah mengarahkan penyulitan menyeluruh ke seluruh infrastruktur – jadi selepas ini Facebook tidak boleh menggunakan data permesejan daripada pengguna lagi.

Menurut laporan, penyatuan fungsi ini akan dilakukan menjelang suku pertama tahun 2020 kelak. Pada masa ini, Facebook dilihat sedang membaik pulih hubungan antara kakitangan mereka dalam menyelesaikan konflik dalaman.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend