Instagram Memperkenalkan Fungsi Penapisan Komen Sebagai Inisiatif Anti Buli Dalam Media Sosial Comments Off on Instagram Memperkenalkan Fungsi Penapisan Komen Sebagai Inisiatif Anti Buli Dalam Media Sosial

Pengguna media sosial pada hari ini dilihat tidak lagi memiliki etika ketika berkomunikasi dan tidak keterlaluan jika dikatakan tiada adab apabila meninggalkan komen pada akaun media sosial individu lain. Ini jelas dapat dilihat melalui komen yang berunsurkan penghinaan ataupun kecaman yang adakalanya dilihat agak keterlaluan.

Menyedari akan isu tersebut, Instagram dilihat telah memperkenalkan fungsi baharu untuk menapis komen lebih 800 juta pengguna laman sosialnya. Fungsi penapisan ini membolehkan komen yang menghina penampilan ataupun karakter individu lain disembunyikan dari dipaparkan kepada umum.

Menurut Instagram, mereka akan memantau semula akaun pengguna yang memiliki jumlah komen yang paling banyak ditapis. Jika benar individu itu telah melanggar garis panduan yang telah ditetapkan oleh Instagram, tindakan selanjutnya akan diambil dan ini termasuklah menyekat akaun tersebut.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend