Instagram Lite Muncul Di Google Play Store Menawarkan Aplikasi Lebih Jimat Data Comments Off on Instagram Lite Muncul Di Google Play Store Menawarkan Aplikasi Lebih Jimat Data

Facebook Lite telah diperkenalkan di telefon pintar pada tahun 2015 dan Messenger Lite ditawarkan kepada pengguna pada bulan April yang lalu. Hari ini, Instagram Lite pula dikhabarkan telah mula muncul di Google Play Store.

Aplikasi ini merupakan aplikasi alternatif yang mampu menjimatkan data internet. Ia memaparkan gambar dan kandungan dengan saiz yang lebih kecil. Ciri yang boleh digunakan pula tidak jauh beza jika dibandingkan dengan aplikasi Instagram yang sebenar. Pengguna masih lagi boleh melihat stories dan mengikuti akaun lain.

  

Namun, untuk versi Lite ini, ia tidak menyokong mesej terus dan apabila seseorang menghantar teks kepada anda, mesej tersebut tidak akan dapat dilihat. Disamping itu, tidak ada akses ke IGTV untuk Instagram Lite ini.

Kekurangan lain ialah anda tidak boleh melihat akaun yang telah disukai oleh kenalan anda (following) dan tidak berupaya untuk mencipta koleksi stories untuk diletakkan di halaman utama akaun anda.

Setakat artikel ini ditulis, kami masih belum menemui Instagram Lite di Google Play Store dan mungkin ia akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend