Instagram Kini Sedang Menguji Antaramuka Profil Pengguna Yang Diperbaharui Comments Off on Instagram Kini Sedang Menguji Antaramuka Profil Pengguna Yang Diperbaharui

Apabila terlalu lama melihat antaramuka yang sama tanpa sebarang pembaharuan, ada masanya pengguna akan mudah cepat berasa bosan. Bahkan melalui pembaharuan antaramuka jugalah pembangun boleh memperbaiki lagi pengalaman penggunaan sesuatu aplikasi.

Instagram baru-baru ini turut mengumumkan pembaharuan pada penampilan antaramuka aplikasi sosialnya melalui blog korporat milik mereka. Berdasarkan gambar screenshots yang dikongsikan, gambar profil pemilik akaun telah dipindahkan pada bahagian kanan skrin, manakala kiraan pengikut telah dikecilkan. Bahkan tab ‘Follow’ dan ‘Message’ kini telah diletakkan bersebelahan.

Manakala untuk akaun Instagram berasaskan perniagaan pula kini telah disediakan dengan dua tab tambahan iaitu ‘Message’ dan juga ‘Start Order’, bagi memudahkan pemilik Instagram yang lain berinteraksi dengan pemilik akaun tersebut. Buat masa ini antaramuka baharu untuk Instagram masih lagi dalam peringkat beta dan versi stabil mungkin akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend