Instagram Kini Menawarkan Tema Mod Gelap Dalam Kemas Kini Terbaru Tetapi Bersyarat Comments Off on Instagram Kini Menawarkan Tema Mod Gelap Dalam Kemas Kini Terbaru Tetapi Bersyarat 205

Instagram menerusi kemas kini terbaru telah menawarkan tema mod gelap kepada pengguna bermula hari ini. Akan tetapi ia hanya ditawarkan kepada pengguna iPhone dengan sistem operasi iOS 13 sahaja buat masa ini.

Ciri ini diberikan memandangkan sistem operasi iOS 13 kini telah menyokong tema mod gelap pada sistem antaramuka. Bagi pengguna yang ingin menggunakan ciri ini, mereka hanya perlu mengemas kini aplikasi Instagram kepada versi yang terbaru pada masa sama perlu aktifkan mod gelap pada iPhone.

Walau bagaimanapun, tidak boleh dipastikan lagi sama ada tema mod gelap ini akan diperluaskan kepada para pengguna Android atau tidak.

Kemas kini: Pengguna peranti Android 10 juga menerima ciri yang sama. Seperti contoh, selepas mengemas kini Nokia 8.1 kepada Android 10, ciri ini boleh digunakan pada Instagram sebaik mengaktifkan mod gelap pada tetapan peranti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend