Instagram Kini Membolehkan Pemilik Peranti iOS Menambah Muzik Dalam Stories Comments Off on Instagram Kini Membolehkan Pemilik Peranti iOS Menambah Muzik Dalam Stories

Instagram baru sahaja melancarkan aplikasi yang dikhususkan untuk perkongsian video panjang dengan kehadiran IGTV, kini satu lagi fungsi baharu telah diperkenalkan untuk anda yang gemar menggunakan ciri Stories.

Melalui perkongsian di blog rasmi Instagram, pemilik peranti iOS sudah boleh menambah muzik di dalam Stories yang akan dimuat naik. Fungsi baharu ini boleh diakses dengan menekan ikon stiker dan anda boleh menemui ikon muzik yang menawarkan koleksi muzik yang boleh dicari mengikut pelbagai kategori seperti genre, mood, dan juga populariti.

Fungsi stiker muzik ini sudah tersedia dalam aplikasi Instagram versi 51 untuk negara terpilih, dan ia hanya boleh digunakan pada peranti yang dioperasikan dengan iOS sahaja buat masa ini. Namun begitu, Instagram juga turut berkongsi bahawa peranti Android akan turut menyokong fungsi ini pada masa akan datang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend