Instagram Kini Membenarkan Pengguna Untuk Meletakkan Tanda Pagar Dan Pautan Profil Dalam Ruangan Bio Comments Off on Instagram Kini Membenarkan Pengguna Untuk Meletakkan Tanda Pagar Dan Pautan Profil Dalam Ruangan Bio

Nampaknya Instagram sentiasa cuba membawakan pelbagai ciri-ciri baharu untuk pengguna laman sosial ini apabila sebelum ini ia dikatakan akan memperkenalkan fungsi panggilan audio dan video pada masa akan datang. Malah ada juga laporan yang mengatakan bahawa Instagram akan turut disediakan dengan ciri Portrait Mode yang akan mengaburkan bahagian belakang subjek.

Baru-baru ini satu lagi ciri tambahan telah diperkenalkan pada laman sosial ini bagi membolehkan pengguna menyunting profil mereka agar tampil lebih interaktif. Menurut Instagram, pengguna kini boleh meletakkan tanda pagar (hashtag) dan juga pautan profil mereka di dalam ruangan bio.

Sebagai contoh, jika anda memiliki dua akaun Instagram berbeza untuk peribadi dan juga perniagaan, kini anda boleh berkongsi profil perniagaan itu di dalam bio akaun Instagram peribadi anda. Malah pautan profil itu boleh terus diklik oleh pengguna lain.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend