Instagram Kini Membawakan Efek Kamera Bertemakan Ramadan Buat Pertama Kali Comments Off on Instagram Kini Membawakan Efek Kamera Bertemakan Ramadan Buat Pertama Kali

Hari ini merupakan hari pertama umat Islam di Malaysia menjalani ibadah puasa. Bersempena dengan itu, Instagram hari ini telah menambah satu lagi efek kamera pada aplikasinya yang dinamakan ‘Lantern’.

#Lantern merupakan sebahagian daripada kempen #MonthOfGood yang dilancarkan oleh Instagram baru-baru ini bertujuan memanggil semua pengguna beragama Islam berkongsi kegembiraan di bulan yang mulia ini dalam cara yang lebih kreatif.

Efek berwarna jingga ini turut membawakan kesan bokeh kepada pengguna malah dengan kesan sampingan hiasan reka bentuk Arabesque (seni ukiran Islam) membuatkan lagi perkongsian menjadi lebih menarik. Anda juga boleh menyentuh skrin untuk menukar ucapan ‘Happy Ramadan’ kepada Bahasa Arab ataupun menukarnya kepada corak bulan sabit jika mahu.

Efek ini kini boleh diakses di ruangan ikon ‘beauty face’ di Instagram Stories.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend