Instagram Dan Facebook Sedang Bermasalah, Tidak Boleh Disegar Semula Comments Off on Instagram Dan Facebook Sedang Bermasalah, Tidak Boleh Disegar Semula 177

Bagi yang merungut mengapa dua aplikasi ini tidak dapat berfungsi dengan baik adalah disebabkan isu yang sama kini berulang semula. Instagram buat masa ini tidak dapat disegar semula menyebabkan segelintir pengguna mula bingung, malah ada yang mula menyalahkan rangkaian telco mereka.

Memandangkan kebanyakan pengguna sedang menghadapi masalah yang sama, tidak mungkin rangkaian telco masing-masing tidak berfungsi dengan baik. Pada masa sama, tinajaun di Facebook juga ada segelintir pengguna telah melaporkan bahawa mereka tidak dapat menurunkan komen pada suapan berita.

Seperti biasa, pihak Instagram dan Facebook yang mana kedua-duanya adalah syarikat yang sama kini dipercayai sedang membaik pulih sistem yang tergandala. Diharapkan isu ini tidak berlarutan serta diselesaikan dengan kadar segera.

Kemas kini – Instagram dan Facebook telah kembali pulih seperti sediakala sejak awal pagi tadi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend