Insiden Remaja Bunuh Diri Selepas Undian Di Instagram – SKMM Comments Off on Insiden Remaja Bunuh Diri Selepas Undian Di Instagram – SKMM 385

SKMM baru-baru ini telah mengeluarkan satu kenyataan media berhubung insiden remaja bunuh diri selepas undian di Instagram.

Merujuk kepada laporan, seorang remaja berumur 16 tahun di Sarawak dikatakan telah mengambil keputusan untuk membunuh diri setelah mengadakan undian di Instagram. SKMM menyatakan pihaknya ambil maklum berkaitan kes yang kini dalam siasatan pihak polis termasuk sama ada undian tersebut mempunyai unsur-unsur subahat.

SKMM turut menasihatkan orang ramai supaya membuat laporan polis sekiranya mendapati rakan dalam talian dilihat cenderung ke arah membunuh diri. Pada masa sama menggesa pengguna media sosial untuk sentiasa prihatin dan bertanggungjawab. Untuk makluman, di bawah Seksyen 305 Kanun Keseksaan, adalah menjadi kesalahan untuk menyubahati perlakuan kesalahan membunuh diri.

Menurut laporan Astro Awani, remaja berkenaan telah terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan kedai dengan niat membunuh diri selepas undian di Instagram mengundinya untuk “mati”. Sebanyak 69% telah menyokong hasratnya untuk mati menerusi kotak undi yang dimuat naik di Instagram pada jam sekitar 3 petang, 13 Mei 2019.

Mangsa turut memuat naik status ‘WANNA QUIT F**KING LIFE I’M TIRED’ di suapan Facebook miliknya. Selain itu, semakan di telefon pintarnya pula telah menemui status WeChat, mengucapkan sayang kepada rakan-rakannya yang ditulis dalam bahasa Cina.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend