Ini Merupakan Pengasas Kepada Jenama Telefon Popular Di Dunia Comments Off on Ini Merupakan Pengasas Kepada Jenama Telefon Popular Di Dunia 1379

Mereka ini merupakan individu yang bertanggungjawab menjadi tulang belakang syarikat. Di bawah ini merupakan senarai pengasas jenama telefon / telefon pintar yang popular digunakan di seluruh dunia. Mereka ini juga bukan calang-calang orang dan kebayakannya berpendidikan tinggi malah ada yang tergolong dalam golongan cerdik pandai.

Xiaomi

Lei Jun – usahawan China dan seorang jutawan ‘bilionwan’ yang mengasaskan Xiaomi Inc pada 6 April 2010. Seorang graduan dari Universiti Wuhan dalam bidang Sains Komputer. Menubuhkan syarikat pertama beliau semasa tahun akhir di universiti. Sebelum menjadi pengerusi dan pengasas di Xiaomi, Lei Jun pernah memegang jawatan sebagai jurutera seterusnya CEO di syarikat perisian China, Kingsoft, .

Usia: 50 tahun

Nilai kekayaan: USD11.4 bilion

OnePlus

Pete Lau – atau dikenali sebagai Liu Zuoho mulakan kerjaya sebagai jurutera perkakasan di Oppo dan selepas beberapa tahun beliau telah dilantik sebagai pengarah di Jabatan Blu-ray. Pete mula menubuhkan OnePlus bersama Carl Pei pada 16 Disember 2013 dengan enam orang kakitangan. Disebabkan pada masa itu OnePlus tidak mempunyai kilang pengeluaran, beliau telah menggunakan kemudahan yang ada di syarikat lamanya, Oppo.

Usia: 44 tahun

Nilai kekayaan: USD16 juta

Huawei

Ren Zhengfei – anak seorang pekerja kilang ini merupakan seorang lulusan universiti pada tahun 1960. Beliau memulakan kerjayanya sebagai ahli teknologi ketenteraan di Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) tanpa memegang sebarang pangkat. Beliau bersara daripada tentera kerana pada masa itu PLA sedang mengurangkan tenaga kerja sebanyak 500,000 kakitangan. Ren menubuhkan Huawei Technologies pada tahun 1987 dengan bermodalkan 21,000 Yuan (~RM12,782) dengan produk pertamanya iaitu Telephone Exchange (telefon zaman dulu).

Usia: 75 tahun

Nilai kekayaan: USD2.1 bilion

Samsung

Lee Byung-chul – pengasas kepada kumpulan Samsung ini merupakan seorang usahawan paling berjaya dari Korea Selatan. Selepas memutuskan hubungan dengan syarikat Hyundai Chaebol, Samsung hari ini merupakan syarikat terbesar di negara berkenaan. Lee juga seorang peminat seni dan selepas kematiannya, koleksi seni beliau telah dipamerkan di Everland Park dan telah diistiharkan sebagai “National Treasures” oleh kerajaan Korea Selatan.

Mati: Pada tahun 1987 di usia 77

Nilai kekayaan diwarisi: USD70.2 bilion (setakat 2018)

Vivo

Duan Yongping – juga seorang jurutera elektrikal, pencipta, usahawan, dan dermawan dari China. Beliau dianggap sebagai tokoh perniagaan yang berinovatif dan berinspirasi di tanah besar China. Duan merupakan pengasas bersama Subor Electronics Industry Corporation dan pengurusi di BBK Electronics Group (syarikat induk kepada Oppo, Vivo, dan OnePlus). Pernah menjadi seorang guru di pusat pendidikan dewasa di Beijing Radio Tube Factory.

Usia: 58 tahun

Nilai kekayaan: USD1.5 bilion (setakat 2018)

Apple

Steve Jobs Рmerupakan anak kepada Abdulfattah Jandali, seorang anak jutawan yang lahir di Syria yang beragama Islam. Bagaimanapun, pengasas syarikat nombor satu dunia ini telah dibesarkan oleh keluarga angkat yang bernama Paul Jobs. Steve dan rakannya, Wozniak telah menubuhkan Apple pada tahun 1976 dan memulakan perniagaan dengan menjual komputer. Steve meninggal dunia pada tahun 2011 akibat barah pankreas. iPhone terakhir yang sempat dibina olehnya adalah iPhone 4s. Kini jawatannya disandang oleh Tim Cook.

Mati: Pada tahun 2011 di usia 56 tahun

Nilai kekayaan: USD10.2 bilion (setakat 2011)

Nokia

Fredrik Idestam, Leo Mechelin, dan Eduard Polon – tiga sekawan dari Finland ini telah menubuhkan Nokia seawal tahun 1865 di Espoo, Helsinki. Sebelum menubuhkan Nokia mereka pernah mengusahakan kilang pulpa dan getah di daerah Tampere. Pada tahun 1930, Nokia mula menghasilkan alat pernafasan untuk kegunaan awal dan tentera. Kini Nokia mempunyai 102,000 kakitangan di 100 buah negara seantero dunia. Nokia juga dikenali sebagai HMD Global.

Disebabkan ketiga-tiga pengasas ini telah meninggal dunia untuk sekian lama, nilai kekayaan mereka tidak dinyatakan.

Scand.a

YM Tengku Faizwa Tengku Razif – kerabat diraja Selangor ini telah memperkenalkan telefon pintar pertama beliau iaitu Scand.a. Tengku Faizwa telah ke China pada tahun 2016 untuk bekerjasama dengan pengeluar di sana. Selepas menyertai join venture bersama pengeluar terbabit di Hong Kong, akhirnya Scand.a telah dilancarkan di Malaysia pada bulan Februari 2018. Sebelum Scand.a ditubuhkan, Tengku Faizwa juga mengusahakan sebuah syarikat dalam bidang teknik memori di Ideaspark Sdn. Bhd.

Usia: 39 Tahun

Nilai kekayaan: Tidak didedahkan

Sumber: Wikipedia, Google

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend