Ini Merupakan Pam Basikal Elektronik Daripada Xiaomi – MIJIA Bicycle Pump Comments Off on Ini Merupakan Pam Basikal Elektronik Daripada Xiaomi – MIJIA Bicycle Pump 356

Xiaomi hari ini secara senyap-senyap mengumumkan MIJIA Bicycle Pump untuk pasaran China. Ia merupakan alat untuk mengepam tayar basikal yang hadir dengan sistem elektronik sepenuhnya. Saiznya pula begitu kompak dan mudah dibawa ketika menunggang basikal.

MIJIA Bicycle Pump dilengkapi bateri litium terbina, pengesan tekanan tayar, pratetap tekanan, paparan dan pelbagai fungsi lain. Binaan dalam pula dimuatkan silinder aloi berteknologi ketepatan tinggi yang membolehkan ia mengepam tayar sehingga tekanan maksimum 150 psi. Ia dikatakan boleh mengepam tayar basikal, motosikal malah kereta selain boleh digunakan untuk mengisi angin pada peralatan sukan seperti bola sepak, bola keranjang, bola tampar, dan lain-lain.

Secara teknikalnya, MIJIA Bicycle Pump boleh mengisi tayar kereta bersaiz 215/60 R17 sebanyak lima kali untuk setiap pengecasan penuh. Manakala untuk tayar basikal dengan tekanan yang lebih rendah ia boleh digunakan sebanyak lapan kali.

Saiz fizikal pam ini adalah berukuran 124 x 71 x 45.3mm dan dijual pada harga CNY199 atau lebih kurang RM122 sebuah. Setakat ini tiada pengumuman mengenai ketersediannya untuk pasaran Malaysia.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend