Ini Caranya Jika Anda Nampak Individu Yang Masih Merokok Di Premis Makanan Comments Off on Ini Caranya Jika Anda Nampak Individu Yang Masih Merokok Di Premis Makanan 826

Kami rasa ramai sedia maklum mengenai larangan merokok di premis makanan, malah kerjasama daripada semua perokok juga disambut baik cuma segelintir sahaja yang ingkar arahan. Oleh itu, pihak KKM baru-baru ini telah mengeluarkan satu panduan dimana orang awam boleh kemukakan aduan melalui panggilan telefon atau aplikasi permesejan WhatsApp.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya anda ternampak individu yang merokok di kawasan larangan atau premis makanan yang tidak memaparkan papan tanda larangan merokok.

  1. Telefon pejabat KKM di talian 03-88924530 (waktu pejabat sahaja).

ATAU

  1. WhatsApp pesanan di talian 010-8608949.
  2. Rakam dan hantar gambar bukti perokok.
  3. Sertakan nama restoran/kedai bersama alamat.
  4. Lengkapkan ia dengan waktu dan tarikh dirakam.

Selain Merokok, Menghisap Vape, Shisha, Dan Nano Stick Turut Dilarang Sama Sekali

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend