iMovie Pada iOS Kini Menyediakan Efek Skrin Hijau Dan 80 Runut Bunyi Baharu Comments Off on iMovie Pada iOS Kini Menyediakan Efek Skrin Hijau Dan 80 Runut Bunyi Baharu 355

Pengguna iPhone dan iPad mungkin sedar akan kewujudan aplikasi pra-pasang iMovie pada peranti mereka. Aplikasi ini membolehkan pengguna menyunting video yang dirakam dengan cara yang lebih mudah pantas.

Setelah mengemas kini aplikasi iMovie semalam, penulis menyedari bahawa Apple telah memasukkan beberapa ciri terbaru ke dalam aplikasi. Antara ciri yang dimuatkan adalah efek skrin hijau/biru, 80 runut bunyi baharu, ciri picture-in-picture, imej (png) sebagai logo di atas video, efek split-screen, dan pelbagai lagi. Bagaimanapun dalam log-tukar kemas kini, iMovie tidak lagi akan menyokong perkongsian ke iMovie Theater.

Selepas mengemas kini dan melakukan sedikit suntingan, penulis mula perasan kelajuan memproses suntingan menjadi lebih pantas berbanding versi terdahulu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend