Imej Xiaomi Black Shark 2 Mula Tertiris, Sensor Pengimbas Cap Jari Kini Dipindahkan Ke Panel Belakang Comments Off on Imej Xiaomi Black Shark 2 Mula Tertiris, Sensor Pengimbas Cap Jari Kini Dipindahkan Ke Panel Belakang

Telefon pintar gaming pertama daripada Xiaomi iaitu Black Shark telahpun dilancarkan secara rasmi pada April 2018 yang lalu, dan model ini telah mendapat perhatian ramai kerana menjanjikan sokongan spesifikasi berkuasa.

Baru-baru ini Xiaomi telah dilaporkan akan hadir dengan generasi kedua model gaming tersebut dengan kemunculan Black Shark 2 di laman rasmi TENAA di China. Dengan menggunakan model AWM-A0, Black Shark 2 dilaporkan masih mengekalkan sokongan pemproses yang sama iaitu Qualcomm Snapdragon 845 dengan sokongan RAM berkapasiti 8GB.

Xiaomi Black Shark generasi pertama hadir dengan rekaan sensor pengimbas cap jari yang ditempatkan di bawah skrin dan juga orientasi dwi kamera melintang.

Walaupun ketirisan imej Xiaomi Black Shark 2 tidak begitu jelas, tidak dapat dipastikan sama ada ia akan menyokong rekaan skrin bertakuk ataupun tidak. Apa yang membezakan Black Shark 2 dengan generasi sebelumnya adalah pembaharuan rekaan yang mana sensor pengimbas cap jari kini telah dipindahkan pada bahagian belakang kerangkanya. Bahkan rekaan dwi kameranya juga tampil dalam orientasi menegak.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend