Imej Sebenar Samsung Galaxy A6s Kini Tertiris, Hadir Dalam Empat Warna Pilihan Comments Off on Imej Sebenar Samsung Galaxy A6s Kini Tertiris, Hadir Dalam Empat Warna Pilihan

Berita mengenai kewujudan Samsung Galaxy A6s sebelum ini telahpun berjaya diperolehi melalui laman rasmi TENAA di China pada awal Oktober yang lalu. Dengan menggunakan nama kod SM-G6200, Galaxy A6s ini dilaporkan akan menyokong paparan skrin IPS LCD berukuran 5.99 inci FHD+, dan ia juga dipercayai hadir dengan RAM sebesar 6GB dengan pilihan storan 64GB atau 128GB.

Hari ini sekali lagi ketirisan tentang Galaxy A6s telah berjaya diperolehi dengan memperlihatkan rekaan yang lebih jelas selepas imej sebenarnya telah berjaya didedahkan. Berdasarkan kepada imej tersebut, Galaxy A6s dilihat mengekalkan rekaan panel belakang kaca sama seperti Galaxy A7 (2018) dan juga Galaxy A9 (2018) yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini.

Galaxy A6s yang dilihat masih dilengkapi dengan bicu audio 3.5mm serta port microUSB ini telah disahkan akan hadir dalam empat warna pilihan yang menarik dengan efek warna yang agak menarik. Keempat-empat warna itu termasuklah ungu, merah, biru dan juga hitam. Dijana dengan bateri berkapasiti 3300 mAh, tarikh pelancaran untuk model ini masih lagi kekal misteri.

Baca juga:

Samsung Galaxy A7 (2018) Dengan Sokongan Tiga Kamera Kini Dilancarkan Pada Harga RM1,299

Samsung Galaxy A9 (2018) Diumumkan Sebagai Telefon Pintar Pertama Di Dunia Dengan Empat Kamera Belakang

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend