Imej Sebenar Realme X Berjaya Didedahkan Dan Turut Disahkan Sokong Kamera 48MP Comments Off on Imej Sebenar Realme X Berjaya Didedahkan Dan Turut Disahkan Sokong Kamera 48MP

Realme sebelum ini telah dikhabarkan akan dilancarkan secara rasmi di China pada 15 Mei ini, dan sebagaimana yang kita telah sedia maklum ia akan ditawarkan dalam dua varian berbeza. Malah laman TENAA juga telah mendedahkan bahawa Realme X akan menyokong skrin penuh AMOLED berukuran 6.5 inci FHD+ dengan sokongan bateri bekapasiti 3680 mAh.

Menariknya baru-baru ini Xu Qi Chase selaku CEO Realme sendiri telah mendedahkan rekaan sebenar panel skrin Realme X melalui akaun Weibo miliknya. Melalui perkongsian berasingan, kotak pembungkusan Realme X juga turut dikongsikan di Internet dengan memperlihatkan cetakan logo ‘X’ pada bahagian kotak.

Bahkan akaun rasmi Realme di Weibo turut mengesahkan sokongan kamera 48MP dengan sensor Sony IMX586 pada Realme X. Melalui gambar itu juga, Realme X juga akan dilengkapi dengan mod penggambaran ‘Nightscape’ sama seperti yang disokong oleh Realme 3 dan juga Realme 3 Pro.

Baca juga:

Realme X dan Realme X Youth Edition Disahkan Akan Dilancarkan Pada 15 Mei 2019

Telefon Pintar Mercu Realme X Tertiris – Hadir Dalam Varian Snapdragon 855 dan Snapdragon 730

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend