Imej Sebenar Menunjukkan Vivo Z5x Muncul Dengan Skrin Berlubang, Bateri Besar 5,000mAh Comments Off on Imej Sebenar Menunjukkan Vivo Z5x Muncul Dengan Skrin Berlubang, Bateri Besar 5,000mAh 599

Rekaan skrin berlubang mula digunapakai oleh Honor menerusi Honor View 20. Selepas itu, ia diikuti oleh Huawei Nova 4 dan Samsung Galaxy S10 dan S10+. Kini, Vivo pula dilihat ingin mengikut jejak langkah pengeluar lain apabila imej sebenar menunjukkan telefon pintar terbaru mereka hadir dengan skrin berlubang.

Imej sebenar yang dikongsikan oleh Pengurus Produk Vivo di Weibo, menujukkan Vivo Z5x hadir dengan paparan bersaiz 6.53-inci serta kamera depan di dalam skrin. Foto turut mendedahkan bateri 5,000mAh yang dimuatkan mampu memainkan permainan mudah alih selama 14 jam sepanjang dua hari.

Selain daripada itu, berdasarkan tangkapan skrin ujian penanda aras di GeekBench yang tersebar, Vivo Z5x dilengkapi cip pemproses Qualcomm Snapdragon 710 dengan memori 8GB RAM. Ia turut dijana sistem operasi FunTouch OS terbaru berasaskan Android Pie.

Telefon pintar ini dijangka membawa tanda harga sekitar €200 atau lebih kurang RM932 sebuah.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend