Imej Sebenar Lenovo Z5s Turut Mendedahkan Rekaan Kamera Swafoto Di Dalam Skrin Comments Off on Imej Sebenar Lenovo Z5s Turut Mendedahkan Rekaan Kamera Swafoto Di Dalam Skrin

Samsung sebelum ini terlebih dahulu mengumumkan akan hadir dengan rekaan kamera swafoto di dalam skrin melalui konsep rekaan Infinity-O. Tidak lama selepas itu, Huawei terlebih dahulu tampil memperkenalkan model Huawei Nova 4 yang menggunakan konsep rekaan yang sama.

Hari ini seorang pengguna di Weibo pula telah mendedahkan bahawa Lenovo Z5s akan turut menyokong rekaan kamera swafoto di dalam skrin. Pendedahan ini telah disahkan lagi dengan ketirisan imej sebenar peranti berkenaan yang memperlihatkan kedudukan kamera swafoto yang lebih simetri pada bahagian atas tengah skrin.

Berdasarkan pendedahan awal yang diterima, Lenovo Z5s akan menyokong saiz kerangka sebesar 156.7 x 74.5 x 7.8mm dan ia dijangka akan hadir dengan paparan skrin sebesar 6.3 inci serta bateri berkapasiti 3120 mAh. Lebih istimewanya, Lenovo Z5s yang menggunakan nombor model Lenovo L78071 ini dipercayai akan menjadi peranti Android pertama dikuasakan dengan Snapdragon 8150.

Lenovo Z5s dilaporkan akan dilancarkan pada 4 Disember iaitu selepas Qualcomm mengumumkan secara rasmi CPU mercunya itu di dalam majlis pelancaran yang akan berlangsung di Hawaii nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend