Imej Sebenar Huawei Mate 20 X Versi 5G Dengan Sokongan SuperCharge 40W Didedahkan Comments Off on Imej Sebenar Huawei Mate 20 X Versi 5G Dengan Sokongan SuperCharge 40W Didedahkan

Baru semalam kotak pembungkusan Huawei Mate 20 X versi 5G telah tertiris di Internet, dan lebih menariknya kali ini imej sebenar peranti itu pula berjaya didedahkan kepada umum.

Kotak pembungkusan Huawei Mate 20 X 5G yang tertiris.

Jika dilihat pada rekaan luarannya, Huawei Mate 20 X 5G kelihatan sama sahaja seperti versi asal, ini jelas dapat dilihat melalui sokongan skrin besar berukuran 7.2 inci dengan rekaan takuk titisan air. Namun apa yang membezakan Mate 20 X 5G ini adalah cetakan logo 5G pada bahagian panel belakangnya.

Selain itu, Huawei Mate 20 X 5G ini juga dilaporkan menyokong kapasiti bateri yang lebih kecil berukuran 4200 mAh berbanding 5000 mAh pada Mate 20 X biasa. Tetapi menariknya ia turut didatangkan dengan teknologi pengecasan pantas Huawei SuperCharge 40W, sama seperti yang disokong oleh Mate 20 Pro dan juga model terbaru Huawei P30 Pro.

Baca juga:

Kotak Pembungkusan Huawei Mate 20 X Versi 5G Mula Tersebar

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend