Imej Sebenar Honor 20 Pro Dikongsikan, Sokong Bezel Nipis Dengan Lubang Kamera Dalam Skrin Comments Off on Imej Sebenar Honor 20 Pro Dikongsikan, Sokong Bezel Nipis Dengan Lubang Kamera Dalam Skrin

Dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi pada 21 Mei 2019 nanti, Honor telah merancang untuk mendedahkan Honor 20 dan juga Honor 20 Pro buat pertama kalinya kepada umum. Namun begitu, sebelum ini portal terkenal GSMArena telahpun berjaya berkongsi rekaan panel belakang Honor 20 Pro yang memperlihatkan sokongan empat kamera mirip seperti Huawei P30 Pro.

Tinggal kurang tiga minggu sebelum siri Honor 20 dilancarkan secara rasmi, sekali lagi imej Honor 20 Pro berjaya ditiriskan dan kali ini gambar sebenar peranti itu pula telah dikongsikan oleh portal DigitalTrends. Walaupun hanya dua keping gambar sahaja berjaya didedahkan, Honor 20 Pro telah disahkan menyokong rekaan skrin penuh jenis 2.5D dengan saiz bezel bawah yang agak kecil.

Selain hadir dengan rekaan lubang kamera dalam skrin, Honor 20 Pro juga dipercayai akan turut menyokong permainan Fortnite melalui kehadiran ikon permainan itu di dalam skrin.

Tampil dengan rekaan skrin mirip seperti Honor View20, Honor 20 Pro juga menawarkan rekaan lubang kamera depan di dalam skrin. Sokongan imej wallpaper yang digunakan juga secara tidak langsung telah berjaya menyembunyikan kehadiran lubang kamera itu dengan sangat baik sekali.

Sokongan wallpaper pra-pasang pada Honor 20 Pro telah berjaya menyembunyikan rekaan lubang kamera dalam skrin dengan baik sekali.

Lebih istimewanya, Honor 20 Pro juga dipercayai akan turut tersenarai sebagai salah satu daripada telefon pintar Android yang akan menyokong permainan popular Fortnite. Ini kerana melalui ketirisan imej yang telah dikongsikan itu, anda boleh lihat dengan jelas kehadiran ikon permainan tersebut.

sumber

Baca juga:

Siri Honor 20 Akan Diumumkan Di London Bulan Hadapan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend