Imej Sebenar Google Pixel 4 XL Dalam Warna Hitam Dan Putih Mula Tertiris Di Internet Comments Off on Imej Sebenar Google Pixel 4 XL Dalam Warna Hitam Dan Putih Mula Tertiris Di Internet 155

Dijangka akan dilancarkan secara rasmi awal Oktober 2019 nanti, dari hari ke hari ada sahaja berita ketirisan tentang peranti terbaharu daripada Google iaitu Pixel 4 dan Pixel 4 XL berjaya didedahkan kepada umum. Namun begitu, apa yang lebih menariknya seorang pengguna di portal komuniti popular reddit telah mula memuat naik beberapa keping gambar sebenar Pixel 4 XL.

Seperti yang diketahui sebelum ini, Pixel 4 XL menampilkan saiz bezel yang agak tebal terutamanya pada bahagian atasnya bagi menempatkan pelbagai sensor, dan juga sokongan tiga lensa dengan rekaan permukaan kamera empat segi. Berbeza dengan identiti rekaan Google Pixel yang tampil dengan sentuhan dua tona warna berbeza, Pixel 4 XL dilihat tampil dalam satu warna sekata dengan permukaan kaca yang lebih ringkas penampilannya.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik itu, dua warna telah berjaya didedahkan iaitu hitam dan juga putih. Berbeza dengan warna hitam, pilihan warna putih dilihat lebih istimewa dan menyerlah kerana ia menggabungkan warna kerangka hitam dengan butang kuasa berwarna merah.

sumber

Baca juga:

Google Pixel 4 Dan Pixel 4 XL Disahkan Sokong Panel OLED Dengan Teknologi Paparan 90Hz

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend