Imej Rekaan Sony Xperia XZ4 Memperlihatkan Tiga Kamera Dengan Skrin 6.5 Inci Tanpa Takuk Comments Off on Imej Rekaan Sony Xperia XZ4 Memperlihatkan Tiga Kamera Dengan Skrin 6.5 Inci Tanpa Takuk

Setelah sekian lama menyepi, baru-baru ini Sony dilihat mula kembali memeriahkan industri telefon pintar Android apabila imej dan video rekaan berasaskan CAD untuk model Sony Xperia XZ4 telah mula tertiris di Internet.

Berdasarkan maklumat yang diterima, Sony Xperia XZ4 dipercayai menyokong paparan skrin yang sangat besar mencecah 6.5 inci. Apa yang menarik perhatian kami adalah ‘kedegilan’ Sony untuk tidak menggunakan rekaan takuk pada skrin peranti keluarannya. Malah rekaan bezel pada bahagian atas dan bawah skrin juga tampil lebih nipis berbanding generasi sebelum ini.

Satu lagi keistimewaan yang dibawakan oleh Sony Xperia XZ4 ini adalah sokongan tiga kamera utama yang pertama dari Sony. Peningkatan keupayaan penggambaran pada model terbaharu ini mungkin lambat jika dibandingkan dengan pesaingnya yang lain, tetapi ia merupakan penambahbaikan yang lebih baik daripada Sony Xperia XZ3 yang hanya menyokong satu lensa sahaja.

Menurut @onleaks, Sony Xperia XZ4 memiliki ukuran kerangka 166.9 x 72.4 x 8.2mm dan ia tidak lagi akan disediakan dengan bicu audio 3.5mm. Pada sisi kerangkanya, jelas dapat dilihat ia menyokong butang kuasa yang agak besar yang berkemungkinan besar turut diintegrasikan dengan sensor pengimbas cap jari.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend