Imej Rekaan Sarung Pelindung Untuk Samsung Galaxy Note 9 Mula Tertiris Comments Off on Imej Rekaan Sarung Pelindung Untuk Samsung Galaxy Note 9 Mula Tertiris

Reka bentuk Samsung Galaxy Note 9 bukanlah satu rahsia besar lagi kerana ia telah dilaporkan akan hadir dengan sokongan rekaan yang tidak begitu jauh berbeza jika dibandingkan dengan Galaxy Note 8. Malah pihak Samsung sendiri sebelum ini telah mengesahkan bahawa Galaxy Note 9 akan mula dilancarkan secara rasmi pada 9 Ogos nanti.

Jika sebelum ini kami ada berkongsi rekaan panel hadapan Galaxy Note 9, baru-baru ini ada pihak yang telah berjaya mendedahkan rekaan panel hadapan dan belakang Galaxy Note 9 melalui ketirisan imej rekaan sarung pelindung. Melalui perkongsian gambar ini, perubahan paling ketara yang dapat dilihat pada Galaxy Note 9 adalah kedudukan sensor pengimbas cap jari yang kini lebih mudah untuk dicapai.

Selain itu, Galaxy Note 9 dilihat masih mengekalkan rekaan butang dedikasi Bixby pada sisi kanan kerangka dan juga sokongan S Pen dengan sambungan Bluetooth untuk kawalan muzik atau aktiviti swafoto jarak jauh. Benar atau tidak ketirisan gambar ini, sama-sama kita nantikan pendedahannya pada bulan depan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend