Imej Promo HONOR Magic Watch 2 Dengan Rekaan Bezel Nipis Serta Panel Kaca Penuh Comments Off on Imej Promo HONOR Magic Watch 2 Dengan Rekaan Bezel Nipis Serta Panel Kaca Penuh 182

HONOR sebelum ini telahpun tampil dengan jam tangan pintar pertamanya untuk pasaran tempatan pada awal tahun yang lalu dengan penawaran HONOR Magic Watch. Menampilkan rekaan menarik serta spesifikasi yang baik, ia telah ditawarkan pada harga hanya RM599.

Selepas berita mengenai lakaran rekaan jam tangan pintar generasi kedua telah tertiris pada minggu lepas, kini imej promo peranti itu pula berjaya dikongsikan. Berbeza dengan generasi sebelum ini, HONOR Magic Watch 2 telah menawarkan rekaan lebih moden dengan sokongan bezel yang lebih nipis.

Menariknya jam tangan pintar ini juga turut menyokong rekaan panel kaca penuh jenis 2.5D yang kelihatan mirip seperti jam tangan pintar HUAWEI Watch GT 2. Sama seperti sebelum ini, bahagian kanan kerangkanya telah tersedia dengan dua butang fizikal dengan sokongan muka jam bersaiz 46mm.

HONOR Magic Watch 2 dipercayai akan dilancarkan di China pada 26 November ini, serentak dengan pelancaran model telefon pintar baharu HONOR V30.

Baca juga:

Jam Tangan Pintar Honor Watch Magic Ditawarkan Pada Harga Kurang RM600

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend