Imej Poster Vivo V15 Pro Sahkan Kamera Swafoto 32MP, Tiga Kamera Utama Dan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin 1 504

Jika sebelum ini hanya sarung pelindung Vivo V15 Pro yang berjaya didedahkan di Internet, tetapi baru-baru ini blog 91mobiles buat pertama kalinya telah berjaya mendedahkan rekaan sebenar peranti itu berdasarkan ketirisan imej poster rasmi yang diperolehinya.

Berdasarkan ketirisan imej tersebut, Vivo V15 Pro telah disahkan akan menyokong kamera swafoto 32MP jenis gelongsor mekanikal sama seperti Vivo NEX. Selain itu ia juga turut menyokong rekaan skrin penuh dengan saiz bezel yang nipis dan telah menempatkan sensor pengimbas cap jari pada skrin.

Lebih istimewanya, Vivo V15 Pro ini juga hadir dengan keupayaan penggambaran tiga kamera yang diletakkan secara menegak, selari dengan kedudukan kamera swafoto peranti ini. Namun buat masa ini tiada banyak spesifikasi yang berjaya didedahkan, tetapi ia telah disahkan akan mula menerima pra-tempah bermula 15 Februari nanti di India.

Sumber

Baca juga:

Vivo V15 Pro Dipercayai Hadir Dengan Sokongan Kamera Swafoto Mirip Seperti Vivo NEX

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend