Imej Poster Rasmi Redmi K30 Varian 4G Dan 5G Memperlihatkan Kemasan Kamera Utama Yang Unik Comments Off on Imej Poster Rasmi Redmi K30 Varian 4G Dan 5G Memperlihatkan Kemasan Kamera Utama Yang Unik 122

Selepas gambar sebenar yang memperlihatkan paparan skrin penuh dengan rekaan dwi kamera depan di dalam skrin Redmi K30 mula tertiris pada hujung bulan November yang lepas, kini Xiaomi telah mula mendedahkan pula imej poster rasmi peranti itu kepada umum.

Dijadualkan akan dilancarkan pada 10 Disember 2019 nanti, imej poster rasmi Redmi K30 telah menampilkan pelakon Wang Yibo sebagai duta untuk siri Redmi K30.

Melalui imej tersebut, Redmi K30 5G telah dilengkapi dengan rekaan panel belakang yang menempatkan kedudukan kuad kamera menegak di atas kemasan permukaan yang mirip seakan siri Mate 30.¬†Pada bahagian bawah kamera itu turut boleh ditemui LED Flash, cetakan ‘5G’, dan juga logo redmi yang dicetak secara melintang.

Redmi K30 sebelum ini dilaporkan akan menyokong paparan skrin dengan kadar segar semula skrin 120Hz, dikuasakan dengan cipset Snapdragon 730/730G, dan juga dilengkapi teknologi pengecasan pantas 30W.

Baca juga:

Ketirisan Imej Sebenar Redmi K30 Mengesahkan Sokongan Skrin 120Hz Dan Pengecasan Pantas 30W

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend