Imej Pengolokan Vivo APEX 2019 Mula Tertiris Di Internet Comments Off on Imej Pengolokan Vivo APEX 2019 Mula Tertiris Di Internet

Vivo APEX sebelum ini telah diperkenalkan sebagai sebuah telefon pintar konsep yang kemudiannya telah dikomersialkan sebagai Vivo NEX. Berbeza dengan peranti lain di pasaran, ia menampilkan rekaan rekaan skrin penuh dengan teknologi kamera depan gelongsor jenis mekanikal. Keunikan rekaan itu kini telah diteruskan pada model terbaru Vivo yang disahkan akan dilancarkan pada 24 Januari nanti.

Selepas pelbagai perkongsian berhubung peranti misteri daripada Vivo yang dikenali sebagai ‘The Waterdrop’ ini dikongsikan di Internet, ia kini telah disahkan akan menggunakan nama Vivo APEX 2019. Apa yang menariknya, hari ini imej pengolokan peranti itu telahpun didedahkan buat pertama kalinya oleh VenyaGeskin1 melalui laman sosial Twitter.

Berdasarkan perkongsian imej itu, rekaan Vivo APEX 2019 dilihat menampilkan nisbah skrin-ke-kerangka yang sangat baik walaupun memiliki saiz dagu yang sedikit tebal berbanding bezel atasnya. Manakala rekaan panel belakangnya pula kelihatan ringkas tetapi elegan kerana memiliki lengkungan permukaan sisi yang sangat menarik.

Baca juga:

Tarikh Pelancaran Peranti Vivo Dengan Rekaan Futuristik Kini Diketahui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend