Imej Pengolokan Sony Xperia XZ4 Dengan Nisbah Paparan 21:9 Sekali Lagi Tertiris, Sokong Side Sense Comments Off on Imej Pengolokan Sony Xperia XZ4 Dengan Nisbah Paparan 21:9 Sekali Lagi Tertiris, Sokong Side Sense

Melalui perkongsian imej pengolokan yang telah dikongsikan di laman Weibo, sekali lagi imej pengolokan Sony Xperia XZ4 telah tertiris selepas kali pertama dikongsikan di Internet oleh @onleaks pada November 2018 yang lalu.

Sebagaimana yang kita ketahui, Sony Xperia XZ4 menjanjikan rekaan yang lebih ‘unik’ berbanding peranti lain kerana ia dipercayai menyokong skrin berukuran 6.5 inci dengan nisbah paparan yang sangat panjang iaitu mencecah 21:9. Selain menyokong saiz bezel yang lebih kecil, ia boleh dikawal menggunakan sistem navigasi skrin penuh yang ditawarkan oleh Android 9.0 Pie.

Berdasarkan ketirisan imej terbaru ini, Sony Xperia XZ4 juga dilaporkan akan hadir dengan sokongan fungsi Sony Side Sense yang sebelum ini tersedia pada model Sony Xperia XZ3. Ini jelas dapat dilihat melalui kehadiran satu bar berwarna putih pada sisi kiri skrin, dan pengaktifan fungsi ini memudahkan anda untuk mengakses aplikasi kegemaran dengan lebih mudah dan cepat.

Sony Xperia XZ4 bakal membuat penampilan pertamanya dalam acara MWC 2019 yang akan berlangsung pada 25 Februari depan. Selain itu, model Sony Xperia XZ4 Compact juga akan diperkenalkan dalam majlis yang sama.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend