Imej Pengolokan Sarung Pelindung OPPO Reno Varian Snapdragon 710 Memperlihatkan Rekaan Kamera Depan Unik Comments Off on Imej Pengolokan Sarung Pelindung OPPO Reno Varian Snapdragon 710 Memperlihatkan Rekaan Kamera Depan Unik 303

Sejak OPPO mengumumkan kehadiran siri terbarunya iaitu Reno, ia dilihat telah berjaya mencuri perhatian banyak pihak kerana pelbagai berita ketirisan tentang peranti yang akan dilancarkan pada 10 April nanti.

Melalui pendedahan yang dibuat oleh slashleaks, beberapa imej pengolokan sarung pelindung OPPO Reno varian Snapdragon 710 telah berjaya dikongsikan di Internet. Berdasarkan daripada imej tersebut, OPPO Reno versi mampu milik ini telah memperlihatkan rekaan kamera depan 16 MP dengan sokongan LED Flash yang agak unik rekaannya.

Selain memiliki kamera depan terangkat yang condong hampir 30 darjah, OPPO Reno ini juga turut menawarkan dwi kamera beresolusi 48MP + 5MP dalam rekaan menegak. Bahkan ia juga dilihat menyokong bicu audio 3.5mm dan juga port USB Type-C, tetapi tiada sensor pengimbas cap jari dapat ditemui pada panel belakangnya.

Selain OPPO Reno varian 710, ia juga dilaporkan akan turut ditawarkan dalam varian Snapdragon 855 yang menampilkan sokongan tiga kamera belakang dengan lensa zum periskop sehingga 10x.

Baca juga:

Sampel Gambar, Spesifikasi, Varian, Dan Harga Oppo Reno Mula Didedahkan

Spesifikasi OPPO Reno Tertiris, Hadir Dengan Skrin 6.4″, Snapdragon 710 Dan Dwi Kamera 48MP

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend